Monday 30 September 2013

TERIMA KASIH TUHAN


duniaku...cuma ibu
kerna hanya dia wanita dalam hidupku
dialah ibu
dialah kakak
dialah sahabat

mahunya jadi mahuku
sukanya jadi  sukaku
bencinya jadi benciku

kenapa??
soalnya dialah yang selalu ada
jika aku lupa dia ingatkan
andai aku jatuh dia papahkan

tak dapatku bayangkan
malah tidak mahu ku bayangkan
hidupku tanpa bidadari itu

Allah
terima kasih
mungkin tidak ramai yang peduli akanku
tapi cukup kau kirimkan aku
bidadari yang paling istimewa

terima kasih tuhan


Sunday 29 September 2013

GADIS BIASA

aku gadis biasa
yang bisa menyukai
malah bisa membenci

aku gadis biasa
yang bicaranya kadang kasar
kadang lembut

aku gadis biasa
yang kadang ketawa riang
kadang menangis hiba

aku gadis biasa
yang kadang jatuh
tak cuba untuk bangun lagi

bimbing aku andainya
langkahku mulai tersasar

papah aku andainya
aku jatuh tak bisa bangun

marahi  aku andainya
bahasaku kian tiada sopannya

kerna aku gadis biasa
yang sentiasa khilaf

Friday 20 September 2013

LAWAN

Ini satu kisah..selasa lepas..aku kembali pulang ke Jengka after empat hari cuti Hari Malaysia.. kisahnya terpaksa skip satu hari punya kelas sebab tiket full..ok tapi bukan tu yang aku nak storykan..

Kisah yang aku nak story..
Time dalam bas..masa bas nak  gerak..biselah aku macam jakun lambai-lambai ibu dgn papa..pastu org belakang aku pun tiba2 "babai"..
Aku relax lagi..biasalah mat jakun macam aku jugak barangkali.. 2-3 minit bas berjalan..tak sedap hati..seat yg tadi menyandar aku straight kan..ibu hantar text "org blkg adik tu mcm tak betul..hati2.."aku balas "jgn risau..adk ada pedang samurai" pedang tu sebenarnya pembaris-T aku..
Tak lama lps tu "hai tudung hitam" merujuk kwn aku yang disebelah.. kawan aku diam..aku pun diam..
2-3 kali dia buat benda yg sama sambil pegang seat kami.. Dalam hati aku dah start baran..

Sekali lagi "hai..name ape?"

Aku jawab "pergghhhh setan siot" slow..tak nak satu bas dengar..cukup dia dengar..and yes..dia diam terus..

Kemudian aku dengar dia cakap dalam fon..antaranya "aku dah bebas" and  ada words mahkamah..bicara..tak buat dah..geng apa ntah tak ingat..
And satu je yang keluar dalam hati aku.."ok..ni bukan sebarang setan..ni setan dari jahanam"

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Cerita aku ni bukan aku nak suruh korang rude mcam aku.. Aku just  nak share something terutama kepada gadis2 ayu jelita cantik comel sekalian.. You have.. You must protect yourself peeps.. Jangan harap yg all the time akan ada suami,tunang or boyfriend korang datang resque..they are not superman or spiderman.. Nak nak lagi yang forever alone macam aku.. Tak tau ilmu mempertahankan diri pun tak pe.. Asal kau berani.. Just bare in mind.. Kalau ada anjing yg menyalak kat kau.. jangan lari.. ambik batu.. lempar..biar dia yang lari..
Same goes kalau manusia.. Kalau ada kutu yang kacau.. Diam selagi boleh.. Sebab jgn jadi bodoh menyalak tak tentu pasal.. Tapi bila dah over limit.. LAWAN.. bukan bertumbuk.. kasi satu ayat yang bijak...cukup.. dia ada otak.. boleh fikir..
But still jangan menjerit tak tentu pasal.. make sure BE CLASSY..tapi TAJAM! TEGAS! biar dia tau yang kau betul2 tak suka.. orait???

Saturday 14 September 2013

DIA YANG SELALU ADA

dia yang selalu ada
perginya dia memberi duka

dia yang selalu ada
perginya dia membawa tawa

dia yang selalu ada
perginya dia sunyi bertamu

dia yang selalu ada
perginya dia membunuh hati

dia yang selalu ada
perginya  dia jalan tiada pimpinnya

dia yang selalu ada
perginya dia jatuh tiada bangun

dia yang selalu ada
perginya dia makan tiada kenyang

dia yang selalu ada
perginya dia tiada tali dipaut

dia yang selalu ada
perginya dia membawa isi dihati

dia yang selalu ada
perginya dia membawa kenangan...

Allah itu adil


kalaupun  ujian bertimpa-timpa
siapa kita untuk mengeluh
siapa kita untuk mempersoalkan
siapa kita untuk memberontak

sungguh kadang hati ini rapuh
namun percayalah
Allah itu adil

pelangi kan tiba
mentari kan kembali bersinar
mungkin tidak sekarang
namun jangan pernah berhenti berharap...

AKU DAN DIA

aku sedar..
aku dan dia 
bagai matahari dan bulan
munculku membawa terik
munculnya dia membawa indahnya cahaya..

tuturku tiada lembut sepertinya
langkahku tiada sopan sepertinya
tigkahku tiada santun sepertinya
senyumku tiada ayu sepertinya

aku cuba untuk menjadi yang terbaik
namun masih mencuba
dan akan terus mencuba

namun maaf
aku tidak bisa menjadi sepertinya
dan jika dia yang kamu pilih
siapa aku untuk menidakkannya...

Friday 13 September 2013

dunia


dunia..
andai bangun kita untuk impress segala manusia yang berpijak dibumi
memang tiada istilah bahagia
kerana..
lumrah..
manusia tiada puasnya..
inginnya juga tiada samanya..
hanya perlu yakin
setiap kaki melangkah
setiap tangan memegang
setiap mata berkelip..
tiada sempurnanya..
yang sempurna hanya maha pencipta..