duniaku...cuma ibu
kerna hanya dia wanita dalam hidupku
dialah ibu
dialah kakak
dialah sahabat
mahunya jadi mahuku
sukanya jadi sukaku
bencinya jadi benciku
kenapa??
soalnya dialah yang selalu ada
jika aku lupa dia ingatkan
andai aku jatuh dia papahkan
tak dapatku bayangkan
malah tidak mahu ku bayangkan
hidupku tanpa bidadari itu
Allah
terima kasih
mungkin tidak ramai yang peduli akanku
tapi cukup kau kirimkan aku
bidadari yang paling istimewa
terima kasih tuhan
No comments:
Post a Comment